animation header

Sunday 13 September 2015


SK Keranaan Ranau, Sabah





Panitia Pendidikan Islam SK Keranaan, Ranau

PENGENALAN
Laman web Panitia Pendidikan Islam SK Keranaan, Ranau diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Pendidikan Islam di samping menyalurkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam di sekolah

OBJEKTIF
Menjadi pusat rujukan khusus untuk pelbagai maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam
Menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti panitia kepada GPI dan Guru j-QAF untuk makluman dan tindakan segera
Menyediakan pelbagai bahan untuk kegunaan GPI  dan Guru j-QAF dan pelajar ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti koleksi soalan, powerpoint dan e-book.
Menjadi tempat perbincangan di kalangan GPI bagi meningkatkan kualiti pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah
Menyediakan pelbagai pautan laman web berkaitan dengan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi manfaat GPI, Guru j-QAF dan pelajar. Menyediakan peluang kepada Guru-guru  untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti panitia sekolah dan berkongsi bahan untuk manfaat bersama.
Menjadikan ICT sebagai wadah penyebaran ilmu yang cepat, tepat dan berkesan.
Meningkatkan martabat GPI dalam penggunaan ICT dan perintis kepada usaha mewujudkan laman web khusus untuk manfaat semua warga pendidikan.